Kereta Api Lapangan Terbang Soekarno–Hatta
Kereta Api Lapangan Terbang Soekarno–Hatta

Kereta Api Lapangan Terbang Soekarno–Hatta

Kereta Api Lapangan Terbang Soekarno–Hatta[lower-alpha 2] merupakan perkhidmatan kereta api penghubung lapangan terbang yang menghubungkan kawasan bandar raya Jakarta (Jabodetabek) dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta (SHIA). Khidmat ini dibina bagi memendekkan masa perjalanan kerana jalan raya yang menghubungkan dua kawasan tersebut sering terkesan dengan kesesakan lalu lintas.[3]Buat masa kini, perkhidmatannya beroperasi di antara SHIA dengan stesen Manggarai di Jakarta Selatan.[4] Kereta Api Lapangan Terbang Soekarno–Hatta merupakan penghubung kereta api kedua di Indonesia selepas Kereta Api Lapangan Terbang Kualanamu.

Kereta Api Lapangan Terbang Soekarno–Hatta

Status Beroperasi
Sistem Kereta api lapangan terbang
Pemilik
Warna pada peta      Biru tua
Pengelektrikan 1,500 V DC talian atas
Stesen 5
Tolok landasan 1,067 mm (3 kaki 6 in)
Terminal SHIA
Manggarai
Dibuka
  • 26 Disember 2017 (2017-12-26) (Aliran SHIA–BNI City)
  • 19 Jun 2018 (2018-06-19) (Aliran SHIA–Bekasi)
  • 8 September 2019 (2019-09-08) (Aliran SHIA–Manggarai)
Lokasi Jabodetabek, Indonesia
Laman sesawang www.railink.co.id
Panjang aliran 54.3 km (33.7 bt)
Stok kereta api 10 set kereta api enam gerabak siri EA203
Penumpang 1.5 juta (tahunan, 2018)[1]
Depot Manggarai (MRI)
Pengendali PT Railink[lower-alpha 1]
Ciri Bertingkat dan searas tanah
Jenis Kereta api ekspres dan komuter
Nama asal Kereta Api Bandara Soekarno–Hatta
Kelajuan operasi 60-80 km/jam

Rujukan

WikiPedia: Kereta Api Lapangan Terbang Soekarno–Hatta http://www.thejakartapost.com/news/2017/06/09/airp... http://www.thejakartapost.com/news/2017/08/22/airp... http://web.archive.org/web/20170609065927/http://w... https://travel.kompas.com/read/2018/01/02/13520072... https://kumparan.com/info-otomotif/rute-kereta-ban... https://economy.okezone.com/read/2019/01/10/320/20... https://www.thejakartapost.com/news/2019/10/07/pas... https://www.railink.co.id https://www.railink.co.id/ https://www.railink.co.id/profile/id